Kiddocare Memperkasa Wanita & Komuniti: Laporan Impak 2024 Tampilkan Pengasuh Sebagai Pemacu Ekonomi Masa Depan

Di sebalik setiap wanita yang berdikari, ada sistem sokongan yang dipercayai. Kiddocare, platform pengasuh kanak-kanak profesional tempatan, telah melancarkan Kiddocare Impact Report 2024, laporan menyeluruh yang membuktikan bahawa pengasuh bukan lagi beban peribadi – sebaliknya, ia adalah enjin baharu kepada ekonomi negara. 

Dengan tema “Empowerment Through Care”, laporan ini memberi penghormatan kepada ribuan wanita yang kini menjadi pengasuh sebagai laluan kerjaya yang bermaruah, fleksibel, dan memberi makna. 

“Kami percaya bila wanita dibantu, dia akan bangkit bukan hanya untu dirinya, tetapi untuk anak-anak, keluarga, dan seluruh masyarakat,” menurut pasukan Kiddocare.

Membina Jambatan Kesaksamaan, Mengerakkan Ekonomi dengan Sentuhan Wanita

Antara pencapaian yang mampu memberi inspirasi sepanjang 2024: 

  • 2,000+ wanita diperkasa melalui peluang pekerjaan pengasuh yang fleksibel. 
  • 8,000+ penjaga kanak-kanak telah dinaik taraf kemahiran dan dilengkapi dengan sijil latihan dan perlindungan. 
  • Lebih RM6.7 juta pendapatan dijana oleh penjaga wanita – membuka pintu kepada kebebasan kewangan. 

Menyeimbangkan Kerjaya & Keluarga

Dengan lebih 71,000 sesi penjagaan disediakan, Kiddocare membantu ibu bekerja untuk terus mengejar cita-cita dan impian, kerjaya tanpa rasa bersalah. Inisiatif seperti baucar penjagaan, nanny sementara untuk acara, dan khidmat pengganti untuk taska telah memberi kelegaan kepada ibu bapa seluruh Malaysia. 

Lebih Daripada Sekadar Menjaga 

Kiddocare, tidak hanya menyediakan penjaga, mereka membina komuniti. Setiap pengasuh bukan sekadar pekerja – tetapi wanita yang ingin berubah, berkembang, dan menyumbang semula. 

Antara kisah benar yang dikongsi oleh Hamidah, penjaga Kiddocare sepenuh masa: 

“Saya dulunya hanya ingin kerja sambilan, sekarang saya mampu sara anak-anak sendiri dan menabung untuk umrah”. 

Sokongan Korporat & Polisi 

Kiddocare juga telah bekerjasama dengan lebih 40 syarikat dan organisasi ternama seperti Shell, Accenture dan SP Setia, memperkenalkan dasar mesra keluarga dan sistem sokongan penjagaan di tempat kerja yang sejajar dengan matlamat ESG dan SDG. 

Antara inisiatif termasuk: 

  • Baucar penjagaan anak 
  • Perkhidmatan ‘Pop-Up Nanny’ di acara korporat
  • Program ‘Stand-In Nanny’ untuk pusat jagaan dan prasekolah. 

Mengasuh bukan lagi ‘tugas wanita’ – ia adalah peluang untuk membina kehidupan yang lebih stabil, menyokong impian wanita dan mencipta masa depan lebih seimbang untuk semua. Laporan penuh di: kiddocare.my/impact atau untuk sebarang pertanyaan mahupun kerjasama, boleh emel ke [email protected]