
Nak merasa pengalaman musim panass ala Jepun tanpa perlu naik flight? 🎌 Pavilion Bukit Jalil kini menghidupkan semangat musim panas Jepun menerusi Matsuri Festival – Konnichiwa, Japan. Together, Here, yang berlangsung dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025.
Kalau anda peminat budaya Jepun atau sekadar nak isi hujung minggu dengan aktiviti yang menarik, festival ini adalah untuk anda, jadi jangan lepaskan peluang!
Diilhamkan daripada semangat Bon Odori dan direalisasikan bersama Persatuan Graduan Jepun Malaysia (JAGAM), festival ini menjadikan Pavilion Bukit Jalil sebagai destinasi budaya Jepun yang meriah, menyeronokkan dan penuh dengan pelbagai aktiviti interaktif. Suasana mall berubah menjadi perkampungan Jepun moden dengan pelbagai persembahan, makanan, gerai dan dekorasi yang unik.
Apa yang best dekat sini?
- Japan Fair by The Food Merchant
- Gerai vendor Jepun dari MUJI ke Tokyo Town
- Bonsai Showcase
- Tamagotchi Pop-Up by Cotton Blue
- Doko Koko Pop-up by Nijigen
Menurut Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Retail), Pavilion Kuala Lumpur Sdn. Bhd.,
“Di Pavilion Bukit Jalil, kami sentiasa komited membawakan pengalaman yang melangkaui sekadar beli-belah. Dengan kerjasama JAGAM, kami mempersembahkan satu perjalanan budaya yang unik – merapatkan hubungan, mencipta kenangan, dan memberi peluang untuk masyarakat lebih memahami keindahan budaya Jepun.”
Sebagai meraikan kemeriahan ini, Pavilion Bukit Jalil turut menawarkan ganjaran eksklusif kepada pembeli, bermula 30 Julai hingga 3 Ogos:
- Belanja RM300 – dapat beg tote eksklusif
- Belanja RM500 ke atas – dapat beg tote + baucar RM20 Café TSUTAYA BOOKS
Untuk info lanjut, anda boleh layari website www.pavilion-bukitjalil.com atau ikuti media sosial Pavilion Bukit Jalil di Facebook & Instagram