Macam mana korang hargai kemerdekaan negara? Sedar tak sedar, dah masuk tahun ke-65 Malaysia merdeka.

Sempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut tak lama lagi, Habib Jewel telah melancarkan Koleksi Syiling Wafer Emas 999 Edisi Terhad Merdeka dengan mengangkat tema ‘Keindahan Malaysia’ bagi menghargai warisan turun temurun di samping menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Uniknya kali ini, Syiling Wafer Emas dengan rekaan tiga bangunan ikonik dan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad, Parlimen Malaysia dan Menara Berkembar KLCC didatangkan dalam bentuk buku yang juga diselitkan sedikit info mengenainya.

Untuk pembelian Syiling Wafer Emas 999 ini, korang boleh terus ke bilik pameran Habib di seluruh Malaysia.

Selain daripada Syiling Wafer Emas 999, korang boleh juga dapatkan Koleksi Gelora yang diinspirasikan daripada Pintasan Saloma, salah satu tarikan terbaharu di Kuala Lumpur dengan rona kuning atau merah jambu. 

Koleksi Gelora bukan sekadar terinspirasi dengan rekaan Pintasan Saloma, tetapi juga turut tertarik dengan fungsinya yang menghubungkan Kampung Baru dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang diterjemahkan sebagai sebuah perjalanan daripada yang lama kepada yang baru; menggambarkan pelayaran Habib yang sudah pun berada di pasaran sejak 64 tahun lalu.

Kemuncak Kempen Kemerdekaan apabila Habib menganjurkan Bazar Merdeka bermula 31 Ogos sehingga 5 September di ibu pejabat Habib di Ampang khas untuk para pelanggan Habib.

Maklumat lanjut boleh layari www.habibjewels.com atau terus ke media sosial rasmi Habib Jewels. 

Kalau begini cara Habib menyambut kemerdekaan negara, cara korang macam mana pula? Jom kongsikan dengan kami.

Salam Kemerdekaan!