Dalam banyak-banyak tepung, tepung gandumlah yang selalu orang guna.
Tak ada tepung gandum, tak jadi nak buat makanan macam kek, roti dan pelbagai lagi jenis makanan berasaskan tepung.
Tapi bila pergi pasar raya atau kedai, mesti akan nampak tepung serbaguna dan tepung gandum. Dilema nak ambil yang mana satu? Jom kita tengok, dua ni ada beza ke.
Kalau nak tahu, tepung serbaguna atau tepung gandum ni sama je kegunaannya. Keduanya diperbuat daripada bijirin gandum yang dikisar halus. Sesuai untuk pelbagai jenis masakan macam kuih, kek, biskut, pastry dan sebagainya.
Kandungan protein dalam tepung ni biasanya antara 9-11%.
Yang membezakan antara jenama tepung ni biasanya jenis gandum yang mana akan ubah kandungan protein yang akan ubah cara tepung bertindak balas dalam penaik.
Btw, dalam banyak-banyak jenama tepung gandum dekat pasaran, korang selalu guna tepung cap apa?
Kredit gambar utama: Zuraini Alias II


Ubah menu lunch dengan Udang Goreng Berempah
Selera ori Johor: Resepi Mee Rebus
3 Air Mujarab Buang Angin Dalam Badan
Resepi ayam bakar ala-ala Dominos, ini caranya…
Mudah Dan Sedap, Jom Cuba Nasi Ayam Panggang Madu 
