Selamat Hari Wanita Sedunia! Sempena hari istimewa untuk semua wanita ni, Burger King dengan Kerjasama Women’s Aid Organisation (WAO) akan memberikan 200 set meal kepada para pekerja sosial. Inisiatif Burger Queen ini bertujuan untuk meraikan sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada masyarakat. Set ini termasuk hidangan burger popular Burger King Chick’n Crisp™ berserta minuman dan kentang goreng.
Sementara itu, Burger King juga memberikan promosi istimewa pada 8 Mar ini, dimana setiap wanita yang membeli set meal* akan menerima salted caramel atau vanilla soft serve PERCUMA!
Walaupun kerja sosial bukanlah sesuatu yang popular negara ini, Burger King melalui program WePledge: Step Up terus menyokong hak wanita dengan sumbangan terhadap WAO. Perkongsian ini menyerlahkan peranan penting pekerja sosial dalam membantu wanita dan kanak-kanak yang terjejas oleh keganasan, sekaligus menekankan kepentingan sokongan mereka dalam masyarakat. Huey Ying, Ketua Pemasaran di Restoran Cosmo, menekankan komitmen Burger King untuk mengiktiraf dan menghargai wira yang tidak didendang dalam sistem sokongan komuniti.
Sementara itu, Anis Farid, Pengurus Projek Penyelidikan WAO, memuji pekerja sosial sebagai penyokong gigih untuk kesaksamaan jantina dan menamatkan keganasan terhadap wanita. Burger King merancang untuk mengadakan bengkel dengan WAO untuk mempromosikan kesaksamaan gender di tempat kerja dan meningkatkan kesedaran tentang isu wanita di kalangan pekerjanya. Bersama-sama, Burger King dan WAO berhasrat untuk memupuk masyarakat yang lebih inklusif di mana individu menyokong satu sama lain, sekali gus menjiwai semangat Hari Wanita Antarabangsa.