Tips kawal perasaan, tak panik dalam tempoh PKP

Hello uols. Haaa Kak Jah nak membebel sikit ni. Maaflah kalau korang tak suka tapi Kak Jah terkilan jugak dengan beberapa individu yang Kak Jah tengok tak sensitif langsung dalam perintah kawalan pergerakan ni.

Yelah uols, kita ni semua dalam keadaan gelisah dan tak tahu apa akan berlaku jadi kalau boleh, janganlah menambahkan panik dan menulis benda bukan-bukan yang tak diketahui pun sahih atau tak di internet.

Okay so kali ni Kak Jah nak share tips kawal panik musim Covid-19 ni, mudah dan senang untuk diikuti :

Manusia itu bersifat gelisah

Okay so gelisah ni normal. Ini kerana manusia ni bersifat takut kehilangan sesuatu miliknya sama ada barang atau ahli keluarga. Sifat panik berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti tiadanya keyakinan diri apabila berhadapan dengan sesuatu. Jadi, nasihat Kak Jah, kawal panik tu dengan percaya kalau kita ambil langkah berjaga-jaga yang betul, kita tidak akan atau kurang berisiko dijangkiti Covid-19.

Jangan wujudkan keadaan panik

Kalau korang taknak panik, korang janganlah pulak wujudkan panik. Tindakan macam ni tak bagus dan mengganggu emosi kita tau tak. Waktu ni lah paling kena kawal emosi, Tarik nafas dalam-dalam dan lepasssssss.

Bantu individu lain

Okay kalau kita nampak seseorang sedang panik, kita hulurkan bantuan. Contohnya, tanya dia kenapa dia panik dan explain langkah-langkah menyelesaikan isu tersebut. Atau pun, alihkan emosi dia terhadap benda lain seperti aktiviti yang menyeronokkan atau menenangkan. Walaupun ia bersifat temporary, ia tetap melegakan. Percayalah, kalau kita tolong tenangkan hati orang, orang juga akan tenangkan hati kita. Maka, jangan ambil kesempatan atas kepanikan orang lain dan sentiasalah bersedia menghulurkan bantuan.

Haaa amacam 3 tips ni? Senang kan? Rasa-rasanya boleh ikut tak? Kak Jah tahu bila baca berita pasal Covid-19, semua risau, panik, paranoid. Eh Kak Jah pun sama, sebab angka dijangkiti tu membimbangkan.

Tapi semua ni boleh kawal. Duduk rumah dan sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga okay?