Jangan terkejut kalau orang gemuk lebih vass dari korang yang kurus sebab kalau mereka betul berazam nak cantik, korang yang kurus-kurus ni akan menangis!
Cik Ju bukan cakap tipu sebab Cik Ju dulu pun gemuk juga, tapi sekarang Cik Ju comel sikit dari dulu walaupun dah beranak pinak.
Iya lah penting kan sekarang ni kalau nak jaga badan, untuk suami jugak.
Well Cik Ju ada terbaca tentang 1 artikel yang wanita gemuk ini putus tunang kerana dirinya dihina sebagai orang yang gemuk.
Dan kini, wanita bernama Jen Atkin itu berjaya membalas kata-kata tunangnya sehingga menjadi Ratu Cantik United Kingdom.
Jen, 26, yang bekerja sebagai pentadbir di sebuah syarikat penerbangan dan menetap di Ulceby mula menjalani gaya hidup sihat selepas kejadian pahit dalam hidupnya itu.
Dia kemudiannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50kg, turun daripada 107kg kepada 57kg ketika ini.
Jen muncul pemenang Miss Scunthorpe, sebelum menduduki tempat kedua dalam pertandingan Miss England pada 2018.
Dia kemudiannya bersara daripada menyertai pertandingan namun ingin mencuba buat kali terakhir apabila namanya tersenarai dalam pertandingan Ratu Cantik United Kingdom ke-75.
“Pada mulanya saya hanya menyertai suka-suka. Tak sangka saya mampu pergi sejauh ini. Saya tak pernah terbayang langsung tentang ini 3 tahun lepas,” ujarnya.
Katanya lagi, dia mendapat ilham setelah melalui kisah duka akibat perbuatan bekas tunangnya.
“Saya menangis berminggu-minggu dan anggap hidup saya telah hancur.”
Kini, Jen telah berkahwin dengan kekasih baru dan menganggap kejayaannya ini ditujukan kepada bekas tunangnya.
So korang yang berbadan gempal di luas sana, jangan give up, kalau Jen ni boleh berjaya, kita pun boleh jugak, sekarang gemuk tak bermakna selamanya gemuk!
Tapi korang kena lah berazam, jangan diet sehari dua je lepas tu korang makan balik macam portion yang korang ambil sebelum ni, letih Cik Ju nak ajar korang macam tu. hehe