Gigih anak ini ambil exam atas pokok sebab nak dapatkan internet

Cik ju kalau ada anak macam Veveonah ni mesti cik ju bangga sangat, iya lah bersusah payah untuk belajar dan ambil peperiksaan dengan memanjat pokok. 

Semuanya kerana nak dapatkan internet punya hal, so kena panjat pokok dulu la jawabnya. gigih kan? 

So mommies apa yang cik ju nak beritahu pada uols tentang kesusahan dia yang ingin belajar dan berjaya dalam peperiksaan tu, semangat dia tinggi. 

Sampaikan pihak Telekom Malaysia baru-baru ini turun padang untuk berjumpa sendiri dengan Veveonah di kampungnya yang terletak di Sipitang Sabah.

Veveonah yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah sebelum ini terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang baik untuk menjawab peperiksaan dalam talian. 

Perkongsian yang dibuat beliau ketika menjawab peperiksaan itu di YouTube menarik perhatian ramai sehingga kisahnya turut mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook Telekom Negeri Sabah pada semalam, pihak mereka dikatakan telah menjejaki Veveonah untuk meninjau sendiri keadaan beliau dan capaian internet di sana.

“Lokasi lawatan adalah di Kampung Sapatalang, Pitas.

“Rombongan diketuai oleh Pengarah wilayah TM Sabah yang berjiwa rakyat dan beberapa anggota TM sabah,” jelas kiriman tersebut.

Pihak mereka juga menjelaskan sedang berada dalam tempoh penyelidikan dan berusaha untuk meningkatkan kualiti telekomunikasi di kawasan tersebut.

“Kami di pihak TM Sabah masih dalam tempoh penyelidikan dan berusaha membantu bagi peningkatan kualiti telekomunikasi di kawasan tersebut,” jelas mereka.

Bakal terima capaian lebih optimum

Bagaimanapun, buat uols yang tertanya-tanya apakah Veveonah dan penduduk kawasan sekitar rumahnya bakal menerima penambahbaikan yang sepatutnya jawapannya adalah ya.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun