Macam-macam yang kita tengok dan baca tentang wabak Covid-19 ni, semuanya serius dan membimbangkan. Tapi ada 1 yang membuatkan Cik Ju geli hati, diva AA iaitu Azwan Ali beriya dia buat perutusan macam PM pulak sampaikan amanat.
Dalam video tu dia punya perutusan mengalahkan orang lain punya mask, dia pakai cukup lengkap, tutup mata pakai sunglasses yang besar, penutup hidung, dan pakaian semua berwarna hitam.
Dia buka je mulut bagi salam pun Cik Ju dah geli hati.. cara dia tu membuatkan kita tak tahan gelak! Tak habis-habis cakap, ‘see my level’ perutusan ni untuk orang yang tipikal, sibuk nak balik kampung, kan 2 minggu je, bukan 2 tahun’ dengan yakin dan tak takut pun kalau video tu dikecam orang sebab Diva AA ni memang terkenal dengan perangai selamba.
Siap sound orang “kau sekolah tak? SRP lepas tak? Persoalan nya itu ditujukan kepada orang yang sibuk nak balik kampung sampai beratur dekat balai polis ambil boring baru-baru ni.
But good thing is ramai netizen yang terima dengan baik perutusan Diva AA tu walaupun caranya agak pedas sebab sound orang kan? Tapi bagus ramai yang puji, Cik ju pun puji keberanian Diva AA!
Kalau cara PM tak masuk telinga netizen yang tak berapa ak dengar kata, kita serahkan kepada diva AA, bab-bab nak sampaikan pesanan dengan cara sendiri ni memang Cik Ju salute! Diva AA memang power lah!
Jom layan perutusan Diva AA See y level! Haha pecah perut Cik Ju gelak sakan hari ni