Cik Ju pun dalam usaha mengelakkan diri daripada terkena jangkitan covid-19, tapi berkurung kat rumah jela, tak ada pulak sampai nak duduk atas pokok macam lelaki ni. Haha! 

Perkara ni berlaku di Hapur di daerah Uttar Pradesh apabila Mukul Tyagi membina rumah atas pokok semata-mata mengasingkan dirinya.

Menurut India Today dia membina rumah pokok itu daripada kayu lama dan kering yang dicantumkan menjadi tapak.

Tyagi yang menetap di Kampung Asodha percaya hanya cara itu dapat melakukan penjarakan sosial dan mengelak daripada terkena jangkitan.

“Disebabkan saranan penjarakan sosial, saya ambil keputusan tinggal sendirian. Dengan bantuan anak lelaki, kami potong pokok dan cantumkan dengan papan,” katanya.

Sementara itu, anak lelakinya memberitahu agensi berita ANI, idea membina rumah pokok itu datang daripada bapanya.

“Kami guna kayu kering yang dipotong sebagai papan. Kami ikat papan itu bagi mencantumkannya dan ia pengalaman menyeronokkan. Malah kami rasa lebih dekat dengan alam semulajadi dan persekitaran sekeliling juga bersih,” katanya yang mengambil sumber makanan daripada rumah.