Siapa dekat sini suka mi kari? Haa Kak Jah memang suka mi kari sebab selain enak, ia jugak simple  dan mudah je untuk disediakan. 

Resepi yang dikongsi oleh Are Peace dan Anisza Mohd Shukri ini sangat mudah disediakan dan paling penting, ‘gerenti’ jadi dan sedap!

Bahan yang diperlukan:

4 biji bawang merah dikisar

1 labu bawang putih dikisar

2 paket kecil serbuk kari daging

1 senduk pes cili giling/boh

1 paket 3 sekawan (kayu manis, cengkih & bunga lawang)

2 kiub pati ayam Maggi

Fishcake } jumlah mengikut kesesuaian

Bebola ikan } jumlah mengikut kesesuaian

Tauhu kering } jumlah mengikut kesesuaian

Isi ayam atau tulang ayam } jumlah mengikut kesesuaian

1 kotak santan 200ml

Gula dan garam secukupnya

Air

Segenggam ikan bilis dan kisar dengan sedikit air sampai hancur (inilah bahan rahsia sebagai penyedap mi kari)

Bahan untuk hiasan:

Telur rebus (direbus dan dipotong dua)

Cili merah (dihiris)

Sawi (dicelur sebentar)

Tauge (buang ekor & dicelur sebentar)

Limau kasturi (dipotong dua)

Mi (dicelur)

A bowl of food on a table

Description automatically generated

Cara penyediaan:

Tumis bahan kisar bersama 3 sekawan, cili giling dan serbuk kari sehingga pecah minyak serta naik bau.

Kemudian masukkan ikan bilis yang sudah dikisar tadi.

Seterusnya, masukkan batang sawi sahaja yang telah dipotong.

Masukkan ayam, bebola ikan dan fishcake.

Kemudian masukkan air dan santan secukupnya mengikut pada kepekatan kuah yang diinginkan.

Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya. Anda juga boleh memasukkan sedikit serbuk perasa ke dalam kuah.

Akhir sekali masukkan tauhu kering dan biar mendidih.

Kuah mi kari siap untuk dihidangkan. Anda juga boleh mempelbagaikan bahan mi kari dengan meletakkan udang, kerang, kacang panjang dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

A close up of a plate of food

Description automatically generated

Selamat mencuba!