Kak Jah minat dengan Fasha Sandha ni. Bagi Kak Jah dia berbakat dan tak lokek jugak kongsi resepi masakan dia! Tu yang Kak Jah suka hehe.
So haritu Kak Jah tengok lah video-video dia dan Kak Jah perasan dia ni cantik je even tanpa mekap. Kulit dia bersih je. Haa Fasha ada kongsi tips kulit cantik dan nampak fresh je tanpa mekap tau. Senang pulak tu tips dia. Jom tengok
Minum air
Air ni memang kunci kalau nak kulit cantik dan mulus. Rahsia Fasha ialah dia akan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain mencantikkan kulit, ia menyegarkan badan kita dan secara tak langsung terus nampak cantik gituuu.
Air lemon
Kadangkala, Fasha Sandha akan minum air yang dicampur hirisan lemon bagi membuang toksin dalam badan. Amalan berkenaan bukan sahaja dapat membantu memperoleh kulit wajah yang lebih sihat, tetapi juga mengawal berat badan.
Pemakanan seimbang
Fasha Sandha juga mengelakkan makanan berlemak dan mengandungi kalori yang tinggi bagi memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga. Fasha Sandha turut memastikan dia dan keluarga sentiasa mengambil makanan yang banyak khasiat. Kalau tengok dia masak-masak tu, ada lah dia masak nasi kan tapi kita tak tahu berapa banyak je dia makan ye dok. Entah-entah sesudu je haha.
Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai
Paling penting, Fasha sentiasa memastikan menggunakan produk penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan dirinya. Sebab tu pentingnya baca label bahan dalam produk korang tu dan tahu apa jenis kulit korang tau.
Okay senang kan tips dia? Selamat mencuba!