Cakap pasal rambut ni, semua wanita inginkan rambut yang hitam menawan serta cantik sebab rambut adalah mahkota wanita.
Dan disebabkan itu juga, ramai wanita sanggup berhabisan untuk rawatan terbaik demi penjagaan rambut yang sihat.
Tapi sebenarnya, tak perlu guna cara mahal pun, ada cara yang lebih mudah uols boleh lakukan di rumah iaitu guna teh hijau!
Jangan uols tak tahu, selain minuman, teh hijau juga membantu mencegah keguguran rambut dan kelemumur.
Caranya, masukkan dua hingga tiga cawan air panas dan rendam tiga uncang teh hijau di dalamnya. Biarkan sehingga sejuk selama beberapa minit. Kemudian, gunakan air teh sebagai bilas terakhir untuk rambut anda selepas syampu dan perapi.
Urut perlahan-lahan kulit kepala selama beberapa minit agar peredaran darah berjalan lancar, kemudian bilas dengan air. Proses ini perlu diulangi setiap satu hingga dua minggu untuk meningkatkan volume dan kilauan rambut uols.
uols mungkin berminat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Ibu terharu anaknya Sindrom Down berjaya ‘lawan’ Covid-19