Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, bubur lambuk mesti menjadi menu kegemaran orang ramai.
Bukan sahaja sedap, tapi juga penuh rasa kasih sayang sebab kebiasaannya bubur lambuk ni disediakan secara gotong-royong di masjid atau di surau.
Well, inilah antara aktiviti tahunan ketika bulan Ramadhan!
Tapi disebabkan PKP ni, jom kita try la buat sendiri di rumah. Ikuti perkongsian pengguna Facebook Nur Haziqah yang mudah menggunakan periuk nasi. Jom kita mulakan!
Bahan-bahan:
- ½ pot beras – basuh, rendam selama 15 minit dan toskan
- Daging – dihiris kecil, basuh dan toskan
- Perencah sup adabi 1 bungkus
- Daun sup – dihiris kecil
- 1 batang carrot – potong dadu
- 1 biji ubi kentang – potong dadu
- 4 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- ½ sk serbuk lada hitam
- 100ml santan
- 2 liter air
- Bawang goreng
- Gula
- Garam
Cara-cara:
1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
7. Masukkan air, ubi kentang dan carrot.
8. Masak sehingga beras kembang.
9. Bila beras dah kembang, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng.
10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur. Siap.
Mudah sahaja rupanya untuk buat bubur lambuk ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols dan dapat berkongsi bubur lambuk ini bersama keluarga dan juga jiran tetangga!
uols mungkin berminat baca:
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus