“Alahai banyak lagi roti ni dah muak nak makan. Esok dah nak expired. Nanti tak makan membazir pulak…”

Kadang-kadang bila ada banyak lagi roti di rumah, rasa dah tak lalu nak makan dengan jem atau sekaya. Tapi nak tak nak kena habiskan juga sebab tarikh luput dah dekat. 

Apa kata cuba resepi ringkas yang dikongsikan oleh saudari Farhana Ismail ini. Mudah je nak buat tapi sedap sangat sampai asyik ulang-ulang makan tanpa sedar!

Bahan-bahan: 

  • Sardin
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Serbuk lada hitam
  • Telur
  • Susu full cream (*optional)
  • Roti buku

Cara-cara:

  1. Buat Inti Sardin

Mula-mula sekali, kita buat inti sardin. Tumis bawang merah hingga naik bau. Masukkan cili padi dan sardin dalam kuali. Sambil kacau, sambil hancurkan ikan dalam kuali.

Masak hingga sedikit kering dan tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam. Dah siap cukup rasa semua boleh ketepikan dulu.

  1. Lenyek Roti

Sementara tunggu inti sardin tadi sejuk sikit, ambil roti beberapa keping.

Lenyek roti supaya leper. Tujuan kita lenyek ni supaya roti jadi padat, tak mudah terlerai dan tak serap minyak. 

Jangan risau kalau tak ada alat untuk lenyek tu. Saya lenyek guna cawan je.

  1. Bubuh Inti

Masukkan inti sardin yang kita dah masak tadi ke dalam roti. Lepas tu, kelim roti tu di tepinya supaya intinya tak terkeluar. Saya kelimkan guna garpu je macam dalam gambar di bawah ni.

  1. Celup Telur & Goreng

Pecahkan telur dan tambah susu full cream untuk rasa yang lebih lemak dan sedap.

Celup roti tadi ke dalam telur dan goreng dengan sedikit minyak. Tunggu hingga kekuningan dan terbalikkan hingga masak kedua-dua belah.

SIAP!

Beginilah hasilnya. Dah boleh ngap. Fuhhh, simple sangat kan? Tapi serius memang sedap makan macam ni. Sampai tak perasan boleh habis sebuku roti. 

Jom try!  

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 34 cawangan seluruh Malaysia. so jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!