Sekali pandang pasti semua menyangka sofa ini berharga mencecah ribuan ringgit. Tetapi jangan mudah tertipu, sebenarnya sofa biru mewah ini hakikatnya merupakan sebiji sofa hasil DIY yang hanya bermodalkan RM 150 sahaja. Pasti semua terkejut bila tahu.
Perkara seperti ini pasti mengujakan orang ramai apabila sebenarnya sofa yang hanya biasa biasa boleh di tukar menjadi set sofa mewah dengan hanya berbekalkan modal yang sedikit.
Cara seperti ini sangat menjimatkan. Jika anda mempunyai sofa yang anda rasa membosankan boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ainul Zehraa di laman Facebooknya itu untuk menukar sebiji sofa bosan kepada sofa yang mewah.
Kalau uols ada sofa koyak koyak tu boleh try repair cara ni. Kalau rangka reput atau patah boleh repair rangka dulu. Kalau span londeh boleh beli span ada jual di shopee. Tapi untuk keadaan sofa saya ni rangka kukuh elok dan span okeylaa tak tebal mana tapi semua elok lagi, so saya cuma tukar sarung terus.
Uols kena terbalikkan sofa dan bukak lapik hitam di bawah tu.. (mungkin kain korang warna lain, yang penting bawah sofa) Bila bukak lapik hitam uols akan nampak bentuk rangka sofa korang. Kena study dulu kedudukan span semua. Sebab nanti kain tu kita nak celah masuk belah dalam dan stapler di rangka dalam untuk bagi cekang dan kemas tau.
Saya pun banyak kali kena cabut ubat stapler sebab salah tempat atau cara. Pertama kali buat kena try and error. Kena sabar sikit la. Tapi hasilnya memang macam hantar kedai.
Barang-barang untuk upgrade sofa
Semua beli di shopee saja. Badan sofa ni pakai kain velvet/baldu tau. Beli meter pastu potong dan stapler saja. Tak yah jahit jahit.
Kain baldu semeter RM10, pakai dalam 6.5 meter untuk balut semua, mungkin ada lebih untuk yang pandai jimat. Meter kain ni mungkin sesuai untuk sofa kain tapi in sha Allah untuk 3 seater cukup dah 6.5 meter tu. Kalau sofa korang besar beli la lebih sesiap macam 7-8 meter.
Paku tu pun khas untuk upholstery punya pun beli di shopee. 1 keping (panjang dia 1 meter) paku tu RM5.00, beli banyak dapat less sikit. Saya beli 14 keping (so jadi 14 meter). So total dalam RM60 lebih. Paku ni selamat ya, so jangan risau kalau ada anak kecik. Boleh gunting je ikut design kita nak, cuma masa gunting kena gunting elok elok la tau. Buat tepi tepi bagi smooth.
Lepastu tunggu paku diamond sampai kita deco badan sofa. Paku diamond ni saya beli untuk hias di sofa. Kalau korang tak nak, kos boleh kurang lagi. Total paku diamond ni RM20 camtu dan guna dalam 60pcs macam tu.
Dapat la rupa sofa baru sikit ala ala modern nordic versace. Sebab survey kedai nak tukar sarung sofa macam ni harga boleh pergi sampai RM500 lebih, macam beli sofa baru dan kredit untuk suami tersayang sebab dia yang tolong ketuk paku tu. Mula mula dia tak yakin saya dapat tukar..
Memandang sinis je, bila tengok sarung sofa siap baru mau tolong ketuk paku.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun