Sotong kering ni kalau dibuat sambal tumis memang mengaum rasanya. Kena pula makan dengan nasi lemak. Tak pun buat kerabu. Pergh, leleh air liur sis cerita dengan korang pasal menu sotong kering ni.
Tapi ada satu masalah yang selalu kita hadapi bila nak masak sotong kering yang memang tak sama macam sotong biasa iaitu liat. Jadi hari ni sis nak share beberapa tips macam mana nak lembutkan sotong kering.
- Rendam dalam air biasa semalaman. Nak guna air basuh beras pun boleh.
- Rendam sotong dalam air panas. Kalau guna yang ni tak perlu semalaman pun walaupun ada je yang masih rendam semalaman. Cukup min dalam bawah 5 jam macam tu. Atau boleh jugak terus je rebus sotong dalam air mendidih.
- Rendam dalam air abu soda (lye water). Air abu soda ni korang boleh dapatkan dekat kedai runcit. Cara dia tambah air soda sampai air tu rasa licin dekat jari.
- Rendam sotong dengan abu chang. Dekat sesetengah kawasan, abu chang ni dipanggil juga sebagai tawas atau kapur sotong. Pastikan abu chang tu larut dalam air. Abu chang ni tak boleh letak banyak sebab bau dia nanti boleh buat sotong jadi pahit. Abu chang paling cepat setakat ni nak lembutkan sotong kering sebab guna 3-4 jam je.
- Rendam dalam air yang dicampur soda bikarbonat semalaman. Tak payah banyak cukup 1-2 sudu kecik je.
Bonus: Paling terpaling senang guna pressure cooker. Sekejap je dah lembut sotong kering korang tu. Yang penting air kena cukup je.
Bila nak masak nanti, pastikan korang cuci bersih sotong sama ada bawah air mengalir atau sampailah lendirnya hilang. Lepas tu barulah potong untuk dimasak.
Kalau gunakan tips yang sis bagi ni, InshaAllah korang punya sotong tu memang lembut dan bebas bau hanyir. Nak makan pun memang berselera jadinya.
Mudah je kan? Haa, lepas ni bolehlah cuba.
Selamat mencuba!
Korang juga berminat nak baca:
Resepi Kerabu Sotong Cumi Bikin Ketagih, Tengok Pun Dah Kecur!