Ikan trout merupakan salah satu daripada ikan dalam keluarga Salmonidae. Miliki ciri yang hampir sama dengan ikan salmon, badan ikan trout ni dah ada minyaknya yang tersendiri.
Kalau nak tahu daging ikan trout ni lebih kenyal daripada daging ikan salmon yang selalu korang jumpa dekat pasaraya tu. Walaupun ada khasiat yang sama, tekstur daging, saiz dan kandungan minyak antara keduanya jauh berbeza.
Sebab daging ikan trout lagi kenyal, ada yang tak suka makan ikan trout. Tapi ketahuilah kalau korang tahu cara makan ikan trout yang betul, memang korang akan jatuh cinta dengan rasanya.
Seorang chef yang ada lebih 10 tahun pengalaman bekerjasama dengan badan makanan laut Norway, Chef Jimmy Chok beritahu ikan trout ni sedap makan dengan salad buah-buahan dan sayuran.
Ada beberapa perkara yang perlu tahu sebelum masak ikan trout, iaitu:
- Tak ada masa untuk masak ikan trout sebab ianya bergantung kepada kecil atau besarnya api yang digunakan
- Elakkan terlebih masak ikan supaya teksturnya tak berubah
- Mulakan dengan masak bahagian isi ikan yang ada kulit
- Lagi sedap masak dalam style western
- kalau nak masak dalam hidangan berkuah, masukkan ikan lepas kuah mendidih
- tak perlu guna minyak sebab minyak dari ikan trout dah cukup malah boleh disimpan untuk digunakan dalam hidangan lain
Ikan trout ni saiznya lebih kecil dan berwarna sedikit terang berbanding ikan salmon dan dorang boleh membesar antara 2kg – 5kg sebelum ditangkap, diproses, dibungkus dan dihantar segar ke negara tertentu tanpa disejuk beku.
Harganya pun jauh lebih murah berbanding dengan ikan salmon.
Jadi kalau korang nak diet, tapi rasa ikan salmon tu mahal sangat, korang bolehlah gantikan dengan ikan trout sebab ya, khasiatnya sama sahaja.