Bila tanya ibu-ibu yang pernah mengandung pasal sakit belakang yang dorang alami, sis rasa sis boleh jangka hampir kesemuanya akan ada masalah yang sama. Sebab perubahan badan berlaku untuk tampung kandungan yang dibawa.

Kredit: Bidan Kita

Untuk elakkan masalah sakit ni berlaku, ada beberapa perkara yang boleh ibu & bakal ibu amalkan untuk elakkan ia sampai mengganggu kehidupan harian korang sampailah saat melahirkan bahkan lepas melahirkan.

Sebelum 

Sebelum mengandung, bakal ibu dah boleh ready kuatkan badan terutamanya bahagian kaki, abdomen dan belakang dengan senaman-senaman yang sederhana. Dapatkan konsultasi daripada doktor untuk plan jenis senaman yang sesuai.

Antara yang Pakar Bedah Ortopedik, Tulang Belakang & Traume, Alty Orthopedic Hospital, Dr Lim Sze Wei sarankan ialah kayuh mesin basikal dalam 20-30 minit atau berjalan.

Semasa

Biasa sakit belakang ni mula datang bila dah masuk bulan ke-5 sebab masa ni kandungan mula membesar dan akan memuncak sakit bila dah masuk minggu ke-24 macam tu. Nak cegah atau kurangkan rasa sakit, ibu-ibu boleh mulakan dengan:

– jaga berat badan

– tidur dengan cara mengiring dengan gunakan bantal sokongan yang diletakkan antara lutut, bawah abdomen atau belakang badan.

Kredit: Kelab Pakar Hamil

– jaga postur badan dengan kaedah ergonomic yang bantu ringankan beban pada pinggang

Kredit: Kelab Pakar Hamil

– elakkan kasut tinggi dan selipar; guna kasut tumit rendah dengan arkus

– senaman berjalan, yoga atau berenang untuk bina kekuatan pelvis, pinggul dan pinggang

– urus stress dengan baik & rehat secukupnya

– amalkan urutan prenatal, pad panas pada pinggang 

Selepas

Tak semestinya lepas je dah bersalin, segala kesakitan pada pinggang tu dah habis. Sebabkan perubahan pada proses kehamilan, badan akan rasa komplikasinya lepas tu. Jadi untuk elakkan ia berlaku, ibu-ibu yang baru melahirkan boleh mulakan rutin senaman seawal mungkin lepas je melahirkan. Mula secara perlahan & senaman ringan.

Masa nak angkat bayi tu, pastikan bayi dah ada dekat dengan badan baru angkat, jangan unjurkan tangan untuk angkat bayi.  Kalau nak angkat bayi dari lantai, bengkokkan lutut bukan pinggang, cangkung dan tengangkan otot perut sebelum angkat gunakan otot kaki.

Elakkan juga pusing badan dengan terlalu kerap.

Bila nak susukan bayi, gunakan kerusi yang menegak dan bukannya sofa lembut. Elakkan juga membongkok ke bayi, sebaliknya rapatkan bayi ke dada.

Kalau rasa takut nak mulakan sesuatu, maybe boleh refer dengan doktor dulu dan dapatkan nasihat doktor berdasarkan tahap kesihatan masing-masing. Atau boleh juga join kelas-kelas yang dianjurkan.

Tapi ingat kalau sakit masih tak surut, terus dapatkan bantuan doktor sama ada perlu ke tak ujian/rawatan tambahan dibuat.

Kredit gambar utama: Halodoc