Bila masuk musim raya ni, ramailah yang akan tanya tips-tips berkaitan masakan kan? 2 tahun PKP, beraya sendiri banyak tips tips baru yang dikongsikan untuk mereka yang baru nak belajar merendang sendiri.

Contohnya, tips nak bagi daging lembut masukkan sudu besi dalam masakan tu. Tapi masih ada yang yakin tak yakin je nak gunakan tips ni. Jadi jom kita lihat dari sudut sains.

Kredit: Resepi Che Nom

FB Ini Sains Beb menjelaskan yang meletakkan sudu sebenarnya merupakan pengalir haba yang baik. Jadi ternyata betullah tips tambah sudu besi dalam masakan daging dapat percepatkan proses kerana suhu masakan ditambah dan akan kurangkan masa memasak.

Tapi!

Kontaminasi logam berat boleh berlaku masa sudu tu diletakkan dalam masakan. Terutamanya kalau masakan tu ada unsur asid contohnya diperah lemon, yogurt dan sebagainya.

Konklusinya, walaupun betul tips ini tak disarankan sangat. Jadi apa yang boleh kita nak buat untuk lembutkan daging masa merendang? Ini tips yang dirasakan sesuai.

1. Gunakan betik muda, nanas atau halia.

2. Potong daging ikut lawan arah; penguraian senang berlaku.

3. Gunakan asid contohnya perahan lemon, cuka atau yogurt.

4. Pilih daging lembut contohnya kawasan daging loin. Elakkan daging di kawasan banyak pergerakan macam kaki.

5. Gunakan buah kurma.

Mudah je kan? Ke korang ada lagi tips lain? Bolehlah share-share.

Sumber: Ini Sains Beb

Kredit gambar utama: unsplash.com