Fashionista yang selalu untuk memilih shopping online, SHEIN bukan nama yang asing lagi. Kalau nak upgrade wardrobe, SHEIN adalah pilihan No.1 untuk fesyen, aksesori dan pelbagai keperluan styling yang pelbagai.
Berita baik untuk korang semua, dari 27 September hingga 2 Oktober ni, SHEIN akan membawa revolusi dalam landskap fesyen Malaysia dengan mengadakan buat julung kalinya pop-up event di MyTown Shopping Centre!
Dengan lebih 1,000 fesyen dan aksesori yang vavavoom untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, ini adalah event yang korang tak boleh lepaskan. Apa juga gaya yang korang cari; Party styles, Office styles, Active and Swim styles, atau Summer & Street styles, semua menanti!
Untuk yang mencari pakaian atau gaya plus size, SHEIN pun ada penyelesaiannya. Siri The Curve+ Plus ada saiz sampai 4XL. Takde masalah! Selain itu, SHEIN juga akan memperkenalkan #beSHEINmodels Community Programme untuk meraikan keunikan setiap individu.
SHEIN Pop-Up Event ini juga bertujuan meraikan SHEINfluencer Day, penyatuan fashion enthusiasts dengan influencer-influencer ternama Malaysia. Korang boleh saksikan sendiri nama-nama gah influencer tanahair menghidupkan gaya SHEIN yang vibrant + trendy! Jangan lupa untuk explore gaya-gaya ini melalui inspirasi SHEINfluencer Picks.
“Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman SHEIN Pop-Up di Malaysia, di mana semua orang boleh memulakan perjalanan fesyen yang mengujakan ini, ” ujar Qiu Tianyi, Head of Branding, SHEIN Southeast Asia.
SHEIN Pop-Up ini menjanjikan eksplorasi fesyen dalam pelbagai gaya dan pasti ada sesuatu untuk setiap yang hadir!