Gara-gara kenyataan Aaron Aziz tentang pengarah kontroversi, Syamsul Yusof yang berkunjung ke rumahnya dan sempat menjamah kuetiau goreng isterinya sehingga menambah 2 kali, ramai yang meminta resepi menu simple tersebut.
Lepas mendapat permintaan ramai, isteri Aaron Aziz, Diyana Halik tampil dengan perkongsian ini. Fuh tak sangka, gara-gara kes ini kuetiau goreng terus jadi semakin femes!
“Kuetiau tu biasa je la. Pakai cili serbaguna Sufi, sos tomato dan cili, letak sos tiram sikit, lepas tu makanan laut dan kicap ABC.. tu je.” – Diyana
Lah mudah je. So, lepas ni ibu-ibu bolehlah try gunakan resepi Diyana pula. Mana tahu lepas makan, anak-anak dan suami di rumah terus jadi shark.
Selamat berpuasa korang!