Terapi waktu mandi? Bayangkan kita dalam keadaan stress, susah tidur malam, rasa nak healing atau mungkin perlukan me-time. Berendam dalam bathtub dipenuhi buih dan bau-bauan segar dari bath bomb yang direkomendasi khas untuk kita. Mood lifting sangat kan!
Dan ada satu nama saja yang sinonim dengan bath bomb di Malaysia ni, Lush! Berita baiknya, Lush dah ada 10 cawangan dengan yang terbaharu di Suria KLCC!
Bukan setakat mencipta produk yang menjadi kegemaran ramai, Lush juga menjalankan kempen kelestariannya yang memfokuskan kepada hak manusia, haiwan dan alam sekitar dengan pelancaran kedai terbarunya ini.
Selain komited terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar menerusi inisiatif penanaman terumbu karang, ia turut dikenali dengan inovasi produk bebas pembungkusan yang berjaya menjimatkan 13.8K tan plastik di seluruh dunia! Dengan inisiatif ‘the naked products’ atau produk tanpa pembungkusan untuk rangkaian bath bomb, shampoo bars, dan pressed conditioners, Lush berjaya menghindari penggunaan plastik bersamaan dengan berat 76 ekor ikan paus biru.
Lush terus mempromosikan tanggungjawab sosial melalui skim Charity Pot dan Bring It Back dalam menjayakan inisiatif mesra alamnya. Bagi tujuan ini, Lush memperuntukkan 100% daripada hasil jualan (selepas ditolak cukai tempatan) krim tangan dan badan Lush, Charity Pot, sebagai geran kepada kumpulan yang memperjuangkan perlindungan haiwan, alam sekitar dan hak asasi manusia. Geran ini disalurkan untuk membiayai kumpulan-kumpulan kecil pada peringkat akar umbi yang berperanan sebagai pemacu perubahan radikal, dan mengutamakan projek yang bertujuan untuk mencipta perubahan jangka panjang pada peringkat setempat.
Skim Bring It Back menggalakkan pelanggan untuk memulangkan bungkusan dan bekas kosong ke kedai Lush, sekali gus menyumbang kepada pengurangan sisa plastik dan memupuk closed-loop recycling system. Skim kitar semula yang mudah ini membolehkan pelanggan Lush di Malaysia yang layak untuk menukar mana-mana barangan yang tersenarai sebagai Qualifying Lush Packaging dengan potongan sebanyak RM3.00 ke atas pembelian di kedai Lush. Sebagai alternatif, pelanggan boleh membawa lima bekas kosong hitam atau jernih Lush, dan mereka akan diberikan fresh face mask percuma.
Dr Harvinder seterusnya menegaskan “Di Lush, kami percaya bahawa perniagaan perlu beroperasi secara beretika dan semua urus niaga perlu dilakukan dengan adil. Pendirian ini dicerminkan menerusi produk kami dan cara kami berniaga. Seperti diketahui ramai, pengguna kini semakin teliti tentang impak produk yang mereka beli. Kami ingin memastikan bahawa apabila pelanggan membeli produk kami, ia bukan sahaja bermanfaat tetapi selari dengan nilai yang mereka pegang. Pelanggan perlu yakin bahawa penghasilan produk Lush dilakukan secara beretika dan selamat – bermula daripada peringkat perolehan bahan mentah sehinggalah apabila ia sampai ke tangan mereka.”
Pada pengguna yang baru nak berjinak-jinak menggunakan jenama ini tidak perlu risau salah memilih bauan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan. Kakitangan Lush bersedia untuk membantu. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk Lush, nilai-nilainya, dan pelbagai inisiatif etika yang dijayakan oleh jenama kosmetik ini, sila layari https://lush.my/.