
Pada 14 Mei lalu, watak ikonik kegemaran ramai, B.Duck, secara rasminya melancarkan taman tema pertamanya di Asia Tenggara, B.Duck City Funs dengan hasil usaha One Universe yang bertempat di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil. Taman tema bertemakan itik ini menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga. Tarikan ini akan berlangsung sehingga 2 November 2025, jadi jangan lepaskan peluang!
Menurut Alvin Lee, “Kami merancang untuk berkembang ke sekurang-kurangnya dua lagi lokasi di Malaysia iaitu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan bersedia untuk bekerjasama melalui model francais di negeri lain bagi mengkongsikan keseronokan B.Duck City Funs di seluruh negara.”
Antara tarikan utama yang menanti anda termasuklah Bathroom Battle, Treasure Pirate Ship, Windmill Trampoline dan banyak lagi aktiviti interaktif yang pasti menggembirakan pengunjung tak kira peringkat umur. Lebih menarik, B.Duck turut bekerjasama dengan Klook, di mana anda boleh menempah tiket lebih awal dan menikmati diskaun sehingga 10%, serta skip barisan di kaunter tiket.
Pengunjung boleh singgah di zon cenderamata yang menawarkan pelbagai koleksi eksklusif seperti patung B.Duck, pakaian, dan aksesori. Bagi yang gemar bergambar, terdapat juga zon bertema yang sangat insta-worthy untuk dijadikan kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan.
Tiket untuk masuk B.Duck City Funs bermula serendah RM15 untuk setiap permainan (ride), dan bagi yang ingin menikmati lebih nilai, anda boleh dapatkan Family Day Pass (untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) dengan hanya RM150 untuk akses tanpa had sepanjang hari.
Waktu operasi:
- Isnin, Rabu & Khamis: 2:00 petang – 10:00 malam
- Jumaat hingga Ahad: 11:00 pagi – 10:00 malam
- Tutup setiap hari Selasa (kecuali Cuti Umum) bagi tujuan penyelenggaraan
Untuk maklumat mengenai aktiviti dan promosi terkini, ikuti Instagram dan Facebook, atau layari laman web rasmi Pavilion Bukit Jalil.