Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!

Teringin betul rasa nak buka makan bebola daging kat IKEA tu, memang sedap pun dan ramai yg suka. 

Jangan risau… Cik Ju ada resepi boleh share dengan mommies untuk try buat sendiri kali ni… cara membuat bebola daging IKEA homemade! 

Bahan-bahan daging bebola IKEA:

  • 500 gram daging cincang
  • 250 gram daging ayam cincang 
  • 1 batang daun bawang
  • 1 labu bawang putih ditumbuk halus
  • 100 gram serbuk roti
  • 1 biji telur
  • 5 sudu susu
  • Garam dan lada

Cara memasak daging bebola IKEA

  • Masukkan daging cincang dan daging ayam cincang ke dalam mangkuk. Kemudian gaul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan daun bawang yang telah dipotong, bawang putih, serbuk roti dan telur ke dalam daging. Gaul sehingga sebati.
  • Setelah itu masukan susu, garam dan lada ke dalam daging, gaul lagi sekali sehingga sebati.
  • Kemudian bentukkan daging menjadi bebola kecil, sehingga habis bahan-bahan.
  • Selesai, letakkan bebola di atas pinggan bersih kemudian tutup bebola dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  • Setelah 2 jam bebola disejukkan, panaskan kuali dan minyak dengan menggunakan suhu api sederhana.
  • Apabila minyak telah cukup panas, masukkan bebola ke dalam kuali, masak sehingga keseluruhan bebola menjadi coklat keemasan.
  • Selesai menggoreng, letakkan ke dalam dulang dan tutup bebola. Kemudian masukkan dulang tersebut ke dalam ketuhar dalam suhu 180 darjah celsius dan masak selama 30 minit.
  • Siap bebola daging IKEA!
Kredit: IKEA Swedish

Bahan-bahan sos krim bebola daging IKEA:

  • Minyak masak
  • 40 gram mentega
  • 40 gram tepung gandum
  • 150 ml stok sayur-sayuran
  • 150 ml stok daging
  • 150 ml double cream pekat
  • 2 sudu teh sos soya
  • 1 sudu teh mustard Dijon

Cara-cara:

  • Cairkan mentega di atas kuali panas, masukkan tepung gandum ke dalam kuali. Kacau tepung selama 2 minit.
  • Kemudian masukkan stok sayur dan stok daging ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati.
  • Setelah itu, masukkan double cream yang pekat ke dalam kuali dan masukkan juga sos soya serta mustard Dijon. Gaul bahan-bahan sehingga rata.
  • Perlahankan api dan masak sehingga kuah sos menjadi pekat.
  • Setelah kuah sos menjadi pekat dan masak, tutup api dan boleh di hidang.
Kredit: Romania Insider

Hidangkan bebola daging bersama sos krim di atas pinggan, mommies juga boleh tambah kentang putar buatan sendiri sebagai tambahan. 

Ha senang kan, boleh buat juadah berbuka puasa petang ni!

uols mungkin berminat baca:
Roti Gardenia pun boleh jadi pizza
Ingatkan susah… senang rupanya buat puding pisang kastard ni!