Bahang K-Drama ‘The Glory’ nampaknya masih belum habis. Ia masih menjadi perbualan terutamanya isu buli yang menjadi isu utama yang disampaikan di dalam drama ini.
Kalau korang nak tahu, penulis Kim Eun-sook sendiri mengakui yang beliau lebih takut saat membaca naskah The Glory Part 2 kerana melihatkan respon penonton yang luar biasa untuk Part 1.
Isu buli di Korea Selatan bukanlah satu isu yang baharu. Malah yang lebih menyedihkan apabila insiden ini sering melibatkan ancaman nyawa.
Inspirasi awal yang membantu beliau menghasilkan naskah ini ialah perbualan dengan anak perempuannya yang berakhir dengan beliau ditanya sama ada beliau sebagai ibu lebih sedih melihatnya dipukul atau yang memukul orang lain?
Sambil mencari jawapan kepada persoalan tersebut, Kim Eun-sook memberitahu solusinya ialah dipukul kerana beliau memiliki wang untuk membawa si pelaku ke ‘neraka’.
Namun beliau merasakan solusi itu tidak sesuai bagi karakter Moon Dong-eun yang tidak memiliki ibu bapa atau ahli keluarga yang kaya untuk membantunya. Jadi Kim Eun-sook memikirkan solusi lain bagi pembalasan dendam yang kemudiannya dibawa di dalam The Glory Part 2.
“Saya ingin menjadi kekuatan untuk mereka. Jadi saya mencuba untuk menceritakan kisah balas dendam Moon Dong-eun yang berjaya.”