Mommy-mommy yang pregnant bila ditanya dalam journey menjadi ibu, apa perkara yang paling ditakuti pasti majoriti akan jawab bila nak bersalin. Sampai menjadi kerisauan yang membuatkan mommy trauma la nak pregnant walaupun teringin lagi nak tambah baby.
Baru-baru ni, selebriti Emma Maembong mendedahkan beliau berjaya bersalin tanpa koyak dan jahitan. Jadi ramailah yang nak tahu apa tips Emma kan?
Menurut Emma, selain banyakkan berdoa mommy kena juga banyak bergerak dan melakukan senaman. Dan amalkan menyapu minyak kelapa dara.
“Dekat korang punya V tu, korang kena banyakkan sapu minyak.
Emma sapu minyak kelapa dara dekat situ supaya bagi dia stretch so bila dia mengembang dia tak pecah atau pun koyak.”
Selain daripada tips Emma, ada juga mommies lain yang berkongsi untuk melancarkan urusan bersalin, mommy juga boleh amalkan urutan perineal iaitu urutan otot vagina yang boleh membantu vagina menjadi lebih elastik dan mengurangkan risiko luka.
TikTok: emmashazli