Kesihatan tidak hanya perlu fokus pada tubuh badan tetapi juga mental dan sosial. Dengan yang demikian, lululemon, dengan kerjasama dua ikon antarabangsa Korea, JEON SOMI dan Taeyang, melancarkan kempen “Find Your Wellbeing” terbarunya di Coceity di Seoul. Kempen ini juga adalah jemputan terbuka untukmenggalakkan orang ramai mengorak langkah ke arah kesejahteraan fizikal, mental, dan sosial.

Acara ini turut disertai VIP tempatan dan serantau termasuk: bintang Korea Yeri (Red Velvet), Sera Song, Heedoo Nam, Jeongjin Park, Yueun Shin dan atlet Hyungjin Park; selebriti Jepun Aya Asahina dan Genki Iwahashi; Thanaerng dan Koen Setsuwan dari Thailand, serta Jenn Chia dari Malaysia.

Untuk kempen ini, Cociety telah diubah menjadi suatu pengalaman “Find Your Wellbeing” yang menyeluruh yang diatur bagi menyuntik semangat dan menyokong semua peringkat perjalanan peribadi menuju sejahtera. Tiga ruang dengan tema masing-masing disusun untuk menggalakkan hadirin menggerakkan tubuh mereka, merangsang minda dan berkomunikasi dengan orang lain.

●   Wellbeing Experience, sebuah instalasi seni yang mengasyikkan dan merangsang pancaindera karya penggubah bunga Hai Ihwa, menawarkan kepada hadirin detik-detik yang tenteram dan mendamaikan jauh daripada hiruk-pikuk dunia luar;

●   The Clubhouse, sebuah ruang sosial dan komuniti (dengan haruman ditempah khas ciptaan atelier wangian, Soohyang) untuk berhubung dengan orang lain dan menikmati intipati lululemon;

●   The Studio, sebuah zon pergerakan dan kecergasan, menampilkan sesi kesihatan yang dihoskan oleh duta-duta lululemon serta ceramah oleh rakan kongsi dan komuniti.

“Pelan Kesejahteraan 7 Hari” yang disusun hasil daripada “Kuiz Kenali Kesejahteraan Anda” yang ditawarkan di The Clubhouse, disasarkan sebagai penyuntik bersemangat dan sokongan untuk peserta memulakan langkah pertama dalam perjalanan kesejahteraan mereka.

“Walaupun dengan jadual yang padat, saya berusaha untuk memastikan kesejahteraan saya berada dalam keadaan terbaik dengan memperuntukkan masa untuk berjalan-jalan atau bersenam”, kata Taeyang. “Saya mencari inspirasi dan mengejar kesejahteraan saya sendiri melalui masa berkualiti dengan orang yang baik, dan dengan menulis jurnal tentang pemikiran dan emosi harian saya sebelum saya tidur malam itu.”

JEON SOMI juga berkongsi tentang petua kesejahteraannya, “Ianya amat penting untuk mendengar  kepada badan anda dan melakukan apa yang ia mahu lakukan.” Beliau seterusnya menambah, “Saya diketahui oleh orang ramai bahawa  saya mempunyai ramai kawan, dan saya mendapat tenaga positif dengan masa yang berkualiti. dengan pelbagai orang dan kawan saya.”

Acara “Find Your Wellbeing” di Seoul ini dibuka kepada umum antara 12-15 Oktober.

Susulan pelancaran di Seoul, Jepun, Singapura dan Thailand adalah destinasi seterusnya dalam perjalanan kempen ini. Pelbagai sesi riadah komuniti dan acara interaktif spontan akan dianjurkan untuk membantu masyarakat setempat mencapai kesejahteraan fizikal, mental dan bersosial.

Kempen baharu “Find Your Wellbeing” ini khusus bertujuan untuk mencapai kesejahteraan bagi semua susulan dapatan daripada Kajian Kesejahteraan Global yang diterbitkan pada 26 September lalu. Kajian itu dengan serius mendedahkan bahawa keadaan kesejahteraan di serata dunia tidak bertambah baik pada era pasca pandemik. Malah, 1 daripada 3 responden di Asia Pasifik yang terlibat dalam kaji selidik pada tahun ini berkata kesejahteraan mereka lebih rendah berbanding sebelum ini, sementara hanya 10% merasakan kesejahteraan mereka berada pada tahap yang sepatutnya biarpun lebih daripada 64% meletakkan kesejahteraan sebagai keutamaan.

Lelaki dan Gen Z dikenal pasti lebih teruk merasai kesan tahap kesejahteraan yang rendah. Di Asia Pasifik, 47% daripada lelaki merasakan pandangan masyarakat menjadikan lebih sukar untuk mereka bercakap mengenai kesihatan mental, manakala 61% daripada Gen Z berharap dapat meluahkan perasaan mereka yang sebenarnya, dan bukannya sentiasa berpura-pura baik-baik saja.

 Sebagai sebuah syarikat global yang komited memajukan kesejahteraan untuk semua, lululemon terus menyediakan akses kepada peralatan dan sumber kesejahteraan untuk lebih 5 juta orang dan jumlah itu semakin meningkat. Kempen ini diharap dapat mendatangkan perubahan positif untuk semua.